CLEAR

ADAKAH ANDA BERISIKO MENGALAMI SERANGAN JANTUNG ATAU STROK?
Fahami Bagaimana Mengawal Kolesterol Boleh Mengurangkan Risiko Anda

KETAHUI KESIHATAN JANTUNG ANDA:

KURANGKAN KOLESTEROL ANDA

Kolesterol tinggi yang tidak terkawal atau berterusan merupakan faktor risiko yang serius bagi penyakit kardiovaskular dan boleh menyumbang kepada serangan jantung atau strok.1
Anda tidak boleh melihat atau merasa kolesterol, tetapi ia wujud dan boleh menyumbang kepada situasi kecemasan.

Apakah itu kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis lemak yang terdapat di dalam darah. Anda memerlukan sedikit kolesterol untuk kesihatan kerana ia membantu tubuh menghasilkan dinding sel baharu, hormon dan asid hempedu.2 Walau bagaimanapun, kolesterol yang berlebihan boleh terkumpul di dalam arteri anda, seterusnya menjadikan laluan arteri terlalu sempit.3 Keadaan ini boleh menyebabkan situasi kecemasan berkaitan kesihatan kardiovaskular.
Ini termasuk kolesterol baik dan tidak baik, selain daripada komponen yang lain:
  • Lipoprotein ketumpatan tinggi (high-density lipoprotein, HDL), kolesterol ‘baik’2
  • Lipoprotein ketumpatan rendah (Low-density lipoprotein, LDL), kolesterol ‘tidak baik’2
Kolesterol tidak baik (LDL-C), bersama bahan-bahan yang lain, boleh terkumpul di dalam arteri anda sebagai mendapan lemak atau dikenali sebagai plak.4,5
plaque-formation
cholesterol-img
thirty-million

cardiovascular-event
plant-img

FAKTOR-FAKTOR RISIKO TERMASUK:10

factor-1
LDL-C yang Tinggi
factor-2
Tekanan darah tinggi
factor-3
Kencing manis
factor-4
Kurang bersenam
factor-5
HDL-C yang Rendah
factor-6
Pengambilan buah/sayuran yang tidak mencukupi
factor-7
Obesiti
factor-8
Merokok
factor-9
Pengambilan alkohol
factor-10
Faktor-faktor psikososial

KURANGKAN RISIKO SERANGAN JANTUNG ATAU STROK

caution
Kolesterol anda tidak akan turun dengan sendirinya. Kurangkan risiko serangan jantung atau strok yang berulang dengan mengurangkan kolesterol tidak baik anda.1
no-smoking
Berusahalah dengan sebaiknya untuk mengurangkan kolesterol tidak baik selepas anda mengalami serangan jantung atau strok. Perubahan gaya hidup yang tertentu dapat membantu, seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, berhenti merokok dan lebih banyak bersenam.10
prescription
Ia juga penting agar anda meneruskan terapi anda. Jangan lupa untuk mengambil ubat yang dipreskripsikan oleh doktor bagi mengurangkan risiko serangan jantung atau strok yang berulang.
date-time
Masa terbaik untuk bertindak adalah sejurus selepas anda mengalami serangan jantung atau strok. Kurangkan kerisauan anda dengan menangani risiko ini secepat yang mungkin.
two-patients
Tanya doktor anda mengenai langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk menangani paras kolesterol tidak baik yang tinggi dan risiko serangan jantung atau strok yang berulang.
 
 
art1

ANDA TIDAK BERSEORANGAN

Sudah menjadi lumrah untuk kita berasa bimbang sekiranya kita pernah mengalami serangan jantung atau strok. Dalam hal ini, anda tidak berseorangan. Dapatkan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, kumpulan pesakit setempat dan pasukan penjagaan kesihatan anda.
Mereka sentiasa bersedia untuk membantu anda.

INILAH MASANYA UNTUK BERTINDAK, JANGAN TUNGGU LAGI

Ambil langkah-langkah yang betul untuk mengutamakan kesihatan anda.
Jadualkan janji temu dengan doktor anda untuk berbincang mengenai paras kolesterol anda. Jika bacaan kolesterol anda masih tinggi walaupun anda mengambil terapi pengurangan kolesterol, sila berbincang dengan doktor anda mengenai pilihan rawatan yang boleh mengurangkan lagi paras kolesterol anda serta risiko serangan jantung atau strok yang berulang.11
Utamakan kesihatan anda, bergiat aktif dalam kehidupan dan kurangkan risiko serangan jantung atau strok yang tersembunyi.
art2l
full-width-cholesterol

SUDAHKAH ANDA BERTANYA DOKTOR ANDA

art3

ADAKAH SAYA MELAKUKAN SEGALA YANG SAYA MAMPU?

Jika anda sememangnya mempunyai paras kolesterol yang tinggi, besar kemungkinan doktor anda telah mempreskripsikan statin atau ubat lain untuk mengurangkan lipid. Namun, ia tidak selalunya memadai untuk menurunkan kolesterol “tidak baik” pada sesetengah individu.
art4
Walaupun anda sedang mengambil terapi seperti statin, anda masih berisiko mengalami serangan jantung atau strok.12,13
Sila berbincang dengan doktor anda mengenai pilihan rawatan yang boleh mengurangkan lagi paras kolesterol anda serta risiko kejadian kardiovaskular.
icon-girl-tree

Rujukan

  1. World Health Organization. Raised Cholesterol. Available at: http://www.who.int/gho/ncd/risk_factors/cholesterol_text/en/ Last accessed June 2018
  2. Goldstein, J. L., & Brown, M. S. (2009). History of Discovery: The LDL Receptor. Arteriosclerosis, Thrombosis, and Vascular Biology, 29(4), 431–438. http://doi.org/10.1161/ATVBAHA.108.179564
  3. Hansson, G.K. Inflammation, atherosclerosis, and coronary artery disease. N Engl J Med 352, 1685-1695 (2005).
  4. National Heart Lung and Blood Institute. What is Cholesterol? Available at: https://www.nhlbi.nih.gov/health-topics/high-blood-cholesterol. Accessed: 21 Aug 2019.
  5. Rader D. Nature. 2008; 451:904-13.
  6. Glaglov S. Compensatory Enlargement of Human Atherosclerotic Coronary Arteries. N Engl J Med 316, 1371-1375 (1987).
  7. World Health Organization. Prevention of Recurrences of Myocardial Infarction and Stroke Study The PREMISE programme: country projects. Available at: http://www.who.int/cardiovascular_diseases/priorities/secondary_prevention/country/en/index1.html Last accessed June 2018.
  8. Bhatt DL, Eagle KA, Ohman EM, et al. Comparative determinants of 4-year cardiovascular event rates in stable outpatients at risk of or with atherothrombosis. JAMA.2010;304:1350-1357. Available at: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20805624 Last accessed June 2018
  9. Singapore heart Foundation. Singapore Statistics. Available at: https://www.myheart.org.sg/my-heart/heart-statistics/singapore-statistics/ Last accessed July 2019.
  10. Yusuf S, Hawken S, Ôunpuu S, et al. Effect of potentially modifiable risk factors associated with myocardial infarction in 52 countries (the INTERHEART study): case-control study. Lancet. 2004;364:937-952.
  11. Sabatine, M. S. et al. Evolocumab and Clinical Outcomes in Patients with Cardiovascular Disease. N. Engl. J. Med. 376, 1713–1722 (2017).
  12. Sampson UK. et al. Residual Cardiovascular Risk Despite Optimal LDL-Cholesterol Reduction with Statins: The Evidence, Etiology, and Therapeutic Challenges. NIH. 14(1): 1–10. doi:10.1007/s11883-011-0219-7. (2012).
  13. Wong ND, et al. Prevalence of the American College of Cardiology/American Heart Association statin eligibility groups, statin use, and low-density lipoprotein cholesterol control in US adults using the National Health and Nutrition Examination Survey 2011–2012. Journal of Clinical Lipidology 10, 1109–1118. (2016).